Back to school

Seawal jam 9 pagi Sabtu, me dpt panggilan.. "Pihak kami telah menerima senarai pelajar yg berjaya melanjutkan pelajaran, dan puan salah seoragn darinya...". Kalau 25++ years ago, mendapat panggilan sebegini, waktu itu dlm bentuk surat, melompat kegembiraan. Even seawal darjah enam mendapat surat tawaran ke asrama penuh, hati berbunga kegirangan. Tidak bermakna kali ini me tidak gembira, tapi tawaran ini sampai di saat genting. Maid yang sepatutnya kembali minggu lepas tidak kembali. Cuma sms dari perantara memberitahu. Sedih juga teringatkan panggilan terakhir darinya tatkala kakinya menjejak bumi Jogjakarta, memberitahu yg dia telah sampai. Kecewa mengingatkan berkali me ulangi bertanya samada dia mahu terus di sini atau tidak sblm dia pulang, berkali jua dia meyakinkan yg dia akan kembali. Tiba2 bila keputusan dibuatnya utk tidak kembali, hanya insan lain yg menyampaikan. Berkali me minta dia hubungi tapi tidak berjaya, tutup sudah kisah maid itu, terpaksa me buka cerita maid baru. Kalau tidak kerana anakanda Luqman, me dah tak sanggup bermaid lagi. Tapi sekali lagi perlu redha mungkin ada hikmah terbaik dari apa yg berlaku.
Berbalik pada berita sambung belajar, hasrat yg dah tertangguh terlalu lama, setelah berbincang dgn Mr E, kali ini, insyaAllah apapun rintangannya, me akan usahakan untuk teruskan. Terima kasih Mr E, yg betul2 ikhlas memberi galakan. Mama akan gunakan peluang ini sebaiknya insyaAllah.

Semoga segalanya dipermudahkan ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. aslmkum.. salam kunjung bls n kenal2 dr akk.. tahniah n slmt back to school.. smga dipermudah urusan..

    ReplyDelete
  2. ME,

    Selamat belajar semula....

    Sevendrops

    ReplyDelete